Keluarga
Keluarga ([kĕ.luar.ga], Jawi: کلوارݢ serapan kata gabung bahasa Sanskrit dari कुल kula “suku” + वर्ग varga “kelompok”[1]) ialah satu kumpulan manusia yang dihubungkan melalui pertalian darah, perkahwinan atau penjagaan di mana para anggotanya tinggal dalam suatu tempat di bawah suatu rumah dalam keadaan saling bergantungan.[2]
Ia merupakan unit terkecil dalam sesebuah masyarakat yang asasnya terdiri daripada orang tua dan anak; orang tua tersebut ada baik secara berpasangan (sebagai suami isteri) ataupun tunggal – sama ada kerana kematian pasangan (duda atau janda) mahupun perceraian dengan pasangan tersebut.