Categories
ms-my

Kebahagiaan

🤔 Kegembiraan, kebahagiaan, kesihatan: 1. Kedamaian dalaman. 2. Mendapat kepuasan daripada membantu dan menjadi sokongan untuk Orang Lain. perhubungan. 12R.tv❌✅ Saya berharap Anda, Saya sendiri dan Orang Lain pada penghujung tahun depan, setiap daripada Kita boleh berkata: “2022 adalah tahun terbaik dalam hidup saya 🙂👍”. Marcin Ellwart

Kebahagiaan

Kebahagiaan ialah suatu keadaan perasaan aman damai serta gembira. Dengan kata yang lain, kebahagiaan melebihi hanya perasaan kegembiraan. Umumnya, kegembiraan amat berkait dengan sesuatu kejadian atau pencapaian yang khusus, sedangkan kebahagiaan berkait dengan keadaan yang lebih umum seperti kesenangan hidup atau kehidupan berumah tangga. Bagaimanapun, kedua-dua perasaan ini adalah amat berkait dan juga amat subjektif.

Kebahagiaan seseorang tidak dapat diukur atau digambarkan, dan berubah-ubah mengikut peredaran masa dan tempat. Orang yang kelihatan bahagia tidak semestinya bahagia, dan orang yang kelihatan tidak bahagia tidak semestinya tidak bahagia. Cuma orang itu sendiri yang tahu (iaitu berasa) sama ada dia bahagia atau tidak.

Pengertian kebahagiaan berbeza-beza antara seorang dengan seorang. Ada yang berasa bahagia kalau dia mendapat makanan, pakaian dan kediaman yang paling sederhana, terelak daripada penyakit, kelaparan, dan perang. Sebaliknya, ada orang berasa tidak bahagia meskipun hidupnya dalam keadaan yang aman, mewah, sihat, dan senang-lenang. Ada orang berasa tidak bahagia sekalipun, walaupun dia mempunyai kuasa, status, dan kekayaan.

Wikipedia.org:

https://ms.m.wikipedia.org/wiki/Kebahagiaan

Teori Hierarki Keperluan Maslow

Teori Hierarki Keperluan Maslow telah dikemukakan oleh Abraham Maslow, seorang ahli Psikologi Kemanusiaan pada tahun 1943 melalui bukunya “A Theory of Human Motivation” di dalam Kajian Psikologi.

Teori ini menyatakan dalam diri setiap indvidu terdapat lima (5) keperluan yang perlu dipenuhi seperti fisiologi, keselamatan, sosial, penghargaan diri dan pencapaian hasrat diri. Bila satu keperluan dicapai, keperluan yang seterusnya akan menjadi satu keperluan atau keutamaan seterusnya. Setiap individu akan memastikan tahap keperluan terendah dipenuhi terlebih dahulu sebelum berusaha untuk memenuhi keperluan tahap yang lebih tinggi.

Lima (5) keperluan tersebut adalah:

1)Keperluan Fisiologi. Peringkat ini merupakan keperluan yang paling asas. Keperluan ini adalah penting bagi sesuatu organisme, apatah lagi manusia. Keperluan asas ini merangkumi apa yang diperlukan untuk diri atau fizikal seseorang seperti keperluan mendapatkan makanan, minuman dan tempat tinggal.

2)Keperluan Keselamatan. Termasuk di dalam keperluan ini adalah keselamatan peribadi, keselamatan kewangan, kesihatan dan tidak akan menjadi mangsa penyalahgunaan kuasa.

3)Keperluan Sosial. Inilah keperluan manusia untuk dicintai dan merasai perasaan “kekitaan”. Semua pekerja perlu merasai bahawa mereka diperlukan dan mempunyai peranan tersendiri di dalam organisasi. Jika dipenuhi, perasaan ketegangan dan tekanan (stress) di kalangan pekerja dapat dielakkan atau dikurangkan.

4)Keperluan Penghargaan Diri (Esteem). Keperluan ini ada kaitan dengan keperluan pekerja untuk dihormati dan diberi peluang menghormati orang lain. Beri mereka tugas yang boleh memberi mereka peluang untuk memberi sumbangan. Ini akan meningkatkan “penghormatan diri” (self-esteem).

5)Keperluan Hasrat Diri. Keperluan ini berkaitan dengan keperluan untuk mencapai cita- cita diri sendiri mengikut potensi seseorang manusia (pekerja).

Maslow membahagikan lima keperluan kepada dua (2) kategori, iaitu:

a)Tahap tinggi iaitu keperluan sosial, penghargaan diri dan pencapaian hasrat diri.

b)Tahap rendah iaitu keperluan fizikal dan keselamatan……..

https://ms.m.wikipedia.org/wiki/Teori_Hierarki_Keperluan_Maslow

Bahasa Melayu

bahasa Austronesia

Bahasa Melayu (Tulisan Jawi: بهاس ملايو) ialah sejenis bahasa Melayu-Polinesia di bawah keluarga bahasa Austronesia yang telah digunakan di wilayah Malaysia, Indonesia, dan persekitarannya sejak melebihi 1,000 tahun lalu. Walaupun asal usul bangsa Melayu (dalam pengertian yang khusus) yang paling asal belum diketahui secara pasti tetapi pertumbuhan bahasa Melayu dapatlah dikatakan berasal dari Sumatera Selatan di sekitar Jambi dan Palembang. Rekod terawal bahasa Melayu Kuno ialah sebuah batu bersurat bertarikh 682 Masihi yang dijumpai di Sumatera Selatan.

Bahasa Melayu ialah bahasa kebangsaan Malaysia, Indonesia, Brunei dan Singapura. Di Indonesia, bahasa Melayu kini dipanggil bahasa Indonesia, dan walaupun kerajaan Malaysia berhasrat menamakan bahasa kebangsaan sebagai bahasa Malaysia namun ianya bertentangan dengan nama bahasa kebangsaan yang termaktub dalam perlembagaan persekutuan Malaysia. Selain daripada keempat-empat negara tersebut, bahasa Melayu juga ditutur oleh penduduk-penduduk Melayu di Selatan Thailand, Filipina, Kemboja, Vietnam, Sri Lanka dan Afrika Selatan.

Menurut statistik penggunaan bahasa di dunia, penutur bahasa Melayu dianggarkan berjumlah lebih 300 juta (bersama penutur Bahasa Indonesia) dan merupakan bahasa keempat dalam turutan jumlah penutur terpenting bagi bahasa-bahasa di dunia selepas bahasa Mandarin, bahasa Inggeris dan bahasa Hindi/bahasa Urdu[petikan diperlukan]. Selain itu, dilaporkan sebanyak 70,000 orang mampu bertutur dalam bahasa Melayu di Sri Lanka, manakala di China, terdapat radio dalam bahasa Melayu. Bahasa Melayu juga diajar di universiti-universiti di United Kingdom, Amerika Syarikat, Australia, Belanda, China, Jerman, New Zealand dan beberapa tempat yang lain.

https://ms.m.wikipedia.org/wiki/Bahasa_Melayu

Malaysia

negara beraja perlembagaan persekutuan di Asia Tenggara

Malaysia (Jawi: ‏مليسيا‎‎) secara rasminya Persekutuan Malaysia ialah sebuah negara raja berperlembagaan persekutuan di Asia Tenggara yang terdiri daripada tiga belas negeri dan tiga wilayah persekutuan, yang menduduki bumi berkeluasan 329,847 kilometer persegi (127,350 bt2).[12][13] Malaysia terbahagi kepada dua kawasan yang mengapit Laut China Selatan, iaitu Semenanjung Malaysia dan Borneo Malaysia (juga Malaysia Barat dan Timur).[12] Malaysia berkongsi sempadan darat dengan Thailand, Indonesia, dan Brunei[12] dan juga sempadan laut dengan Singapura dan Filipina.[14] Ibu negara Malaysia ialah Kuala Lumpur, manakala Putrajaya merupakan pusat kerajaan persekutuan. Pada tahun 2009, Malaysia diduduki oleh 28 juta penduduk[15] dan pada tahun 2017 dianggarkan telah mencecah lebih 30 juta orang yang menduduki di Malaysia.

https://ms.m.wikipedia.org/wiki/Malaysia

7hi7.com Sites.